Friday 21 June 2013

Tahukah anda, apa itu BAHAN SINTETIK ?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ,
Pada hari ini banyak kita terdengar mengenai bahan sintetik dalam kehidupan seharian kita ..
Tetapi , adakah korang tahu apa itu bahan sintetik , dan dari mana bahan itu dihasilkan ?
Jom kita baca post dibawah nie ...


APA ITU POLIMER SINTETIK

Polimer ialah sejenis bahan yang mengandungi rantaian molekul panjang dan besar. Molekul-molekul ini juga disebut sebagai monomer.

Sintetik pula bermaksud bahan yang dibuat (direka) oleh manusia dengan menggunakan sumber asli seperti petroleum.

Polimer Sintetik [Synthetic Polymer] bermaksud polimer yang dibuat oleh manusia. Ia dibuat dengan menggunakan proses pempolimeran. Getah sintetik dan plastik merupakan 2 jenis polimer sintetik yang penting di negara kita.





GETAH SINTETIK

Getah Sintetik[Synthetic Rubber] ialah getah yang hampir serupa dengan getah asli. Ia bukan berasal dari pokok getah. Bahan yang dibuat dari bahan petrokimia (bahan petroleuml) ini adalah lebih keras, lebih kenyal dan tahan terhadap haba dan kimia.

Nampak gaya ianya lebih baik dari getah asli. Satu persaingan bagi industri getah kita. Walau bagaimanapun ianya sangat mahal dan hanya mempunyai kegunaan yang tersendiri [specific usage] seperti digunakan untuk membuat tayar dan hos.




PLASTIK 

Sifat plastik men adalah sama dengan bahan plastik iaitu mudah dibentuk dan dilenturkan. Keluarga plastik juga merupakan bahan-bahan yang dibuat dari bahan petrokimia.

Keluarga plastik terbahagi kepada 2 jenis. Termoplastik [Thermo Plastic] dan Plastik Termoset [Thermoset Plastic]. Jadual berikut memuatkan maklumat tentang kedua-dua jenis plastik ini. 

KOSMETIK





Setiap produk wangian mengandungi bahan kimia wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation. Peratus kandungan kimia wangian adalah di antara satu hingga 30% dan ini bergantung kepada jenis produk. Namun daripada analisis makmal yang dilakukan didapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti benzena, aldehid dan kimia toksik lain. 

5 comments:

  1. Baik utk pengetahuan semua.terima kasih,kena hak kan penggunaan getah sinteti.getah asli di perluaskan dan citpa produk baru yg lebih bnyak penggunaanye.

    ReplyDelete
  2. Wehhhh tak ade pun jawapan bro

    ReplyDelete
  3. Aku tanya ape maksud bahan sintetik tak adee berok

    ReplyDelete